Georgetown, 28 Februari 2021 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim meluangkan masa bersama komuniti di Pasar Awam Pulau Tikus, Pulau Pinang, pagi tadi.
Program Outreach anjuran JPJKK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang ini diadakan bertujuan mewujudkan rasa selamat dalam kalangan komuniti dengan kehadiran Polis Diraja Malaysia (PDRM), di samping beramah mesra dengan pengunjung di pasar tersebut. Beliau turut mengambil peluang dengan menyumbangkan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada mereka.
Hadir sama Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Sahabudin Abd Manan, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Ketua Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) JPJKK, SAC Tuan Mohd Soahaimi Rahim dan para pegawai kanan.
Sumber: PDRM Pulau Pinang
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN