Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: KL, SELANGOR KE PUTRAJAYA PERLU KEBENARAN POLIS

Kuala Lumpur, 2 Mac 2021 - Pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke Putrajaya dan sebaliknya, masih memerlukan kebenaran polis.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian diberikan kepada mereka yang bekerja dan mempunyai surat majikan. Menurutnya, sekatan pergerakan itu kerana Putrajaya sudah berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). "Ini bagi melindungi Putrajaya daripada penularan COVID-19.

"Pergerakan rentas antara Selangor ke Kuala Lumpur adalah dibenarkan kerana kedua-duanya berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, seperti dilaksanakan sewaktu PKPB 1.0, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dianggap satu zon.
Sumber: 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS