Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 [UPDATE] HEBAHAN: PERGERAKAN KELUAR MASUK KE NEGERI SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN PERGERAKAN KELUAR MASUK KE SABAH

Semua individu yang akan memasuki Sabah bagi urusan kerja atau lain-lain urusan dengan kebenaran Polid Diraja Malaysia (PDRM) melalui pintu masuk darat, laut dan udara perlu menjalani ujian “swab test” dalam tempoh tiga (3) hari sebelum perjalanan.
Hanya individu dengan keputusan negatif dan tidak bergejala sahaja dibenarkan masuk ke Sabah dan TIDAK PERLU menjalani kuarantin.

Bagi pergerakan keluar dari Sabah ke Semenanjung TIDAK PERLU menjalani “swab test” sebelum berlepas, manakala individu dari Sabah ke Sarawak atau Labuan PERLU menjalani “swab test” dalam tempoh tiga (3) hari sebelum berlepas.

PERGERAKAN KELUAR MASUK KE SARAWAK
Semua individu yang akan memasuki Sarawak bagi urusan kerja atau lain-lain urusan dengan kebenaran PDRM, PERLU menjalani “swab test” dalam tempoh tiga (3) hari sebelum berlepas ke Sarawak dan menjalani kuarantin selama 14 hari sejurus tiba di Sarawak.

Bagi rakyat Sarawak, kos swab test dan kuarantin akan ditanggung oleh kerajaan negeri manakala bukan rakyat Sarawak, kos adalah atas tanggungan sendiri.
Bagi pergerakan keluar dari Sarawak ke Semenanjung TIDAK PERLU menjalani “swab test” sebelum berlepas.

Manakala pergerakan dari Sarawak ke Sabah dan Labuan PERLU melakukan “swab test” dalam tempoh tiga (3) hari sebelum berlepas.

Atas kehendak kerajaan negeri Sarawak, larangan rentas daerah masih dikekalkan walaupun Sarawak negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PERGERAKAN KELUAR MASUK KE LABUAN
Semua individu yang akan memasuki Labuan bagi urusan kerja atau lain-lain urusan dengan kebenaran PDRM, PERLU menjalani “swab test” dalam tempoh tiga (3) hari sebelum berlepas.

Hanya individu dengan keputusan negatif dan tidak bergejala sahaja dibenarkan masuk dan TIDAK PERLU menjalani kuarantin sejurus tiba di Labuan.
Bagi pergerakan keluar dari Labuan ke Semenanjung TIDAK PERLU melakukan “swab test” sebelum berlepas.

Bagi pergerakan keluar dari Labuan ke Sarawak PERLU menjalani “swab test” dalam tempoh tiga (3) hari sebelum berlepas dan menjalani kuarantin selama 14 hari sejurus tiba di Sarawak.

Bagi pergerakan keluar dari Labuan ke Sabah PERLU menjalani “swab test” dalam tempoh tiga (3) hari sebelum berlepas.

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (4 Mac 2021) dan Majlis Keselamatan Negara


May be an image of text that says 'T PERGERAKAN KELUAR MASUK KE NEGERI SABAH Semua individu yang memasuki Sabah bagi urusan kerja atau lain-lain (kebenaran PDRM) & pergerakan keluar dari Sabah ke Sarawak atau WP. Labuan PERLU menjalani ujian swab test dalam tempoh 3 hari sebelum perjalanan. Pergerakan keluar dari Sabah ke Semenanjung TIDAK PERLU menjalani swab test sebelum berlepas. Bersama Hentikan Majlis Keselamatan COVID-19 MKNJPM Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)'

May be an image of text that says 'PERGERAKAN KELUAR MASUK KE NEGERI SARAWAK Semua individu yang memasuki Sarawak bagi urusan kerja atau lain-lain urusan (kebenaran PDRM) PERLU menjalani swab test dalam tempoh 3 hari sebelum berlepas & menjalani kuarantin selama 14 hari sejurus tiba di Sarawak. Bagi rakyat Sarawak, kos swab test dan kuarantin akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri manakala bukan rakyat Sarawak, kos adalah atas tanggungan sendiri. Pergerakan keluar dari Sarawak ke Semenanjung TIDAK PERLU menjalani swab test sebelum berlepas. Majlis MKNJPM Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)'

May be an image of text that says 'LABUAN PERGERAKAN KELUAR MASUK KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Semua individu yang memasuki Labuan bagi urusan kerja atau lain-lain urusan (kebenaran PDRM), PERLU menjalani swab test dalam tempoh 3 hari sebelum berlepas. Hanya individu dengan keputusan negatif dan tidak bergejala sahaja dibenarkan masuk Pergerakan keluar dari Labuan ke Semenanjung TIDAK PERLU melakukan swab test sebelum berlepas. Majlis Keselamatan MKNJPM Majlis Keselamatan (Rasmi)'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS