Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS KELUARKAN 10,166 SAMAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

 
Kuala Lumpur, 7 Mac 2021 - Sebanyak 10,166 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Operasi Khas Ubahsuai Ekzos (Bising) di seluruh negara bermula 1 Mac lalu hingga kelmarin.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, 26,239 kenderaan membabitkan 12,709 motosikal, 8,678 kereta dan 4,852 lain-lain kenderaan diperiksa dalam operasi itu sepanjang tempoh berkenaan di seluruh negara.

"Daripada 10,166 saman dikeluarkan, 1,423 saman adalah bagi kesalahan ubah suai ekzos membabitkan 1,060 motosikal, 294 kereta dan 69 lain-lain kenderaan.

"Selain itu, 474 motosikal, tujuh kereta dan dua lain-lain kenderaan disita atas kesalahan sama dalam 540 lokasi operasi berkenaan dijalankan di seluruh negara sepanjang tempoh itu," katanya.

"Tindakan saman bagi ubah suai ekzos boleh dilakukan mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

"Mana-mana individu membuat pengubahsuaian ekzos menjadi satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika disabitkan kesalahan," katanya.

JSPT menasihatkan pemilik kenderaan bukan sahaja pemilik motosikal, bahkan pemilik kenderaan bermotor lain supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya berkaitan pengubahsuaian kenderaan bermotor.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro di lampiran.

Sumber: 
May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS