Menu

#PKPB #PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: AWAS! KOMPAUN RM 10,000 BAGI INDIVIDU YANG LAKUKAN KESALAHAN BERULANG BERMULA KHAMIS INI

Kuala Lumpur, 9 Mac 2021 - Pada 11 Mac ini bermulalah kompaun sehingga RM10,000 terhadap individu yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diumumkan Pejabat Peguam Negara baru-baru ini.

Kompaun sebanyak RM50,000 turut akan dikenakan bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama.

Menurut laporan, penguatkuasaan itu sudah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Kompaun yang asalnya RM1,000 dinaikkan kepada RM 10,000 sememangnya mengejutkan. Biarpun ia belum dikuatkuasakan, banyak pihak berpendapat jumlah kompaun yang ditetapkan amat tinggi dan tidak munasabah.

Bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menjelaskan, kompaun RM 10,000 itu hanya dikenakan terhadap individu yang degil melakukan kesalahan berulang.

Selain itu, kompaun RM 10,000 turut dikenakan ke atas individu yang melakukan kesalahan melanggar SOP termasuk rentas negeri sehingga menyebabkan berlakunya penularan COVID-19.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS