Ipoh, 12 Mac 2021 - Seramai sembilan pelatih Kursus Private Pilot License (PPL) No.18 Siri 1/2021 Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menamatkan latihan mereka di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), di sini, hari ini.
Majlis penutupan kursus dan pemakaian tanda sayap juruterbang kepada 'pilot' baharu PDRM itu disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dengan diiringi Komandan PLPGU, ACP Tuan Hamdan Abas.
Kesemua pelatih tersebut telah memulakan kursus selama satu tahun enam bulan bermula 1 September 2019 dengan melibatkan beberapa fasa latihan akademik dan amali membawa pesawat jenis Cessna 172SP milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) yang diselaraskan bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar, Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan KDNKA Bukit Aman, CP Dato’ Azri Ahmad, Komander PGU, DCP Dato’ Mohd Hishamudin Tahar dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob.
Syabas dan tahniah dari seluruh warga PDRM!
Sumber: Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM Ipoh