Shah Alam, 21 Mac 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti tujuh hingga lapan individu yang terlibat dalam pengimportan daging sejuk beku yang tidak sah.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sedang mengambil tindakan untuk memburu individu terbabit.
Menurutnya, kesemua yang dikenal pasti itu membabitkan warga tempatan dan individu itu akan dikenakan tindakan termasuk didakwa atau dicadangkan untuk ditahan di bawah Ordinan Pencegahan Jenayah.
“Perbuatan ini salah sehingga menyebabkan daging bercampur, memalsukan sijil halal. Itu memang salah.
“Kesemua mereka bergiat dalam kegiatan mengimport daging tetapi apabila mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan sijil halal, mereka mengambil jalan singkat dengan membuat sendiri dan mangsanya adalah pengguna Islam,” katanya selepas wawancara khas di Kompleks Karangkraf di sini.
Tambah Tan Sri Abdul Hamid, isu berkenaan amat sensitif dan mengakibatkan kemarahan masyarakat.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.
Sumber: Sinar Harian