Menu

#PKPB #PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: VIP TIDAK TERKECUALI TINDAKAN

Petaling Jaya, 21 Mac 2021 – Kerajaan mengulangi pendirian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) tidak kira orang kenamaan (VIP) atau rakyat biasa.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, semua orang dikenakan tindakan jika ingkar arahan SOP.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga pernah mengambil tindakan kepada VIP, sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan tidak kira pangkat dan tiada pengecualian.

“Pernah terjadi seorang Timbalan Menteri membayar kompaun serta dikenakan tindakan mahkamah dan banyak juga kes VIP yang telah diambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, polis sedang menyiasat berkenaan isu ingkar SOP dalam satu majlis yang dihadiri VIP di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo! di lampiran.

Sumber: Kosmo Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS