Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PATI GUNA BAS

#PKPB #PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG

Rantau Panjang, 22 Mac 2021 - Aktiviti menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan bas bagi mengaburi mata anggota penguat kuasa dilaporkan semakin kerap berlaku di negeri ini.

Terbaharu, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9, Kuala Terengganu yang melakukan penugasan Op Benteng COVID-19 berjaya menahan 36 PATI dalam sebuah bas di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, hasil pemeriksaan keatas bas terbabit pihaknya menemukan 22 lelaki dan 13 perempuan serta seorang kanak-kanak dipercayai PATI warga Thailand.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua PATI yang berusia 20 hingga 40 tahun itu dibawa ke Kompeni Taktikal PGA (Komtak) Taman Bakti di sini untuk siasatan dan tindakan dan lanjut.

"Selain PATI, kita turut menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: 



#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurfrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN 

May be an image of one or more people, people sitting and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS