Menu

DATARAN PERWIRA MERCU TANDA BAHARU PENGHORMATAN BUAT PEJUANG PDRM

Kuala Lumpur, 26 Mac 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati merasmikan Majlis Pembukaan Dataran Perwira Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di perkarangan Muzium PDRM, malam tadi.

Dataran Perwira yang dahulunya dikenali sebagai Persada Muzium ditutup pada Oktober 2020 bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf dilakukan terhadap artifak-artifak PDRM yang berada di luar muzium.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, terdapat 1,180 nama perwira-perwira PDRM yang telah gugur semasa mempertahankan negara sewaktu zaman darurat dari tahun 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1990 turut diabadikan di Dataran Perwira sekali gus menjadi manifestasi penghormatan buat mereka.

“Sesungguhnya, tinggalan sejarah ini adalah warisan yang perlu dijaga dan dipelihara, untuk tatapan generasi akan datang serta sebagai tanda rasa sayang terhadap sejarah juga artifak-artifak PDRM,” katanya lagi.

Usaha sama PDRM dan Yayasan Al-Bukhary nyata memberi nafas baru kepada Muzium PDRM dengan adanya mercu tanda baharu di dataran tersebut dan pameran kereta perisai PDRM, motosikal trafik serta kereta-kereta rasmi KPN yang telah dibaik pulih.

Turut dipersembahkan adalah lakonan semula kisah benar serangan pengganas komunis di Balai Polis Kuala Krau, Temerloh Pahang yang berlaku pada tahun 1948 oleh anggota Badan Seni Budaya PDRM sebagai gimik pelancaran.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Dato’ Seri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, CP Dato' Zamri Yahya, Pengarah Pengurusan PDRM, Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Dataran Perwira Muzium PDRM, CP Dato’ Ramli Haji Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, CP Dato' Zainuddin Yaacob, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, DCP Dato' Azisman Alias.

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of text that says 'PERWIR DATARAN PERWIRA k'

May be an image of ‎monument and ‎text that says '‎َررََم መ ))) PROJEK MENAIK TARAF DATARAN PERWIRA DAN PEMULIH ARAAN ARTIFAK MUZIUM POLIS DIRAJA MALAYSIA DISEMPURNAKA OLEH YDH IG TAN SRI DATO' SERI ABDUL HAMID BIN BADOR P.M.N, P.S.M, D.P.P.N, S.P.T.S, S.S.N.S, D.I.M.P D.P.N.S, P.S.P.P, A.M.N. KETUA POLIS NEGARA PADA 26 MAC 2021 (JUMAAT) BERSAMAAN SYA'BAN 1442 12 ዘ‎'‎‎

May be an image of 1 person, sitting and indoor

May be an image of one or more people, people sitting, indoor and text

May be an image of 1 person and standing

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of ‎standing and ‎text that says '‎iف Majlis DATARAN P embukaan MUZIUM PDRM PERWIRA 4‎'‎‎

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 1 person and standing

May be an image of one or more people, people standing, outdoors and text that says 'BEREK'

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing, headscarf and text that says 'ROSTRUM'

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 2 people, people standing and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS