Menu

[HARI POLIS KE-214] INFO BALAI: BALAI POLIS SRI PETALING, KUALA LUMPUR

Balai Polis Sri Petaling, Brickfields telah dibina pada 1 November 2007 dan beroperasi sepenuhnya sejak 28 Jun 2012.

Balai yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur itu berkeluasan hampir 6.4 kilometer persegi dan meliputi kawasan perumahan, perniagaan serta perindustrian.

Selain itu, penugasan balai turut mendapat sokongan kekuatan dari sebuah Pondok Polis iaitu Pondok Polis Kuchai Entrepreneurs Park yang terletak dalam daerah sama.

Balai berkenaan kini diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) dan dibantu seramai 108 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.


May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS