Sebuah coretan hati seribu rasa daripada seorang kakak kepada adik lelakinya yang terkorban selepas mengalami kemalangan ketika penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuhraya LEKAS pada 3 Mei 2020.
Lans Koperal/Sokongan Suraya Mohamad Ismail merupakan kekanda kepada Wira Sang Saka Biru, Allahyarham Koperal Safwan Mohammed Ismail. Beliau yang kini bertugas di Cawangan Latihan Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak meneruskan legasi perjuangan Allahyarham Koperal Safwan dan bapanya, Sarjan (Bersara) Mohammed Ismail Othman yang pernah berkhidmat di dalam Polis Diraja Malaysia.