Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JLOG LAWAT TAPAK PROJEK PEMBINAAN PENGKALAN POLIS MARIN TOK BALI

Pasir Puteh, 30 Mac 2021 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Pengkalan Polis Marin Tok Bali, di sini semalam.

Lawatan yang turut diiringi oleh Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Shafien Mamat itu bagi meninjau dan melihat kerja-kerja pembinaan oleh pihak pemaju yang telah dilantik selain taklimat ringkas oleh Pengurus Besar Kanan PBLT Sdn. Bhd., Encik Azman Embi.

Hadir sama, wakil dari Kementerian Dalam Negeri, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tuan ACP Norzaid Muhammad Said dan para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Sumber: Polis Kontinjen Kelantan

May be an image of outdoors and text


May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS