Menu

POSTING PILIHAN: PDRM RANCANG PERBESAR UNIT K9

Langkawi, 4 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam perancangan memperbesar Unit Anjing Pengesan (K9) bagi memantapkan lagi perkhidmatannya, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Katanya pada masa ini K9 dianggotai 118 'handlers' dan 72 anjing aktif.

"Yang dah 'semi-retired' (kurang aktif dan separuh bersara) kita ada 45 ekor, kita akan mendapatkan lagi (tambahan anjing) yang dah diluluskan, hanya tunggu perolehan saja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Seksyen K9 Langkawi, Bahagian Bantuan Teknik D6, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM.

Mengulas penubuhan Unit K9 di Langkawi, Tan Sri Abdul Hamid optimis khidmat lima anjing K9 yang ditempatkan di pulau peranginan itu dapat meningkatkan lagi keyakinan pelancong.

"(Penubuhan Unit K9 Langkawi) Selepas dua tahun, idea dan cadangan daripada anak buah saya, perlunya tempatkan (Unit) K9 di Langkawi. Pulau Langkawi terkenal di seluruh dunia dan perlu ada satu pasukan polis yang lengkap serba-serbi," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata empat daripada lima ekor anjing berkenaan masing-masing ditugaskan untuk mengesan bahan letupan dan dadah manakala seekor lagi digunakan untuk kes jenayah lain.

Sumber: Polis Kedah dan BERNAMA

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of 1 person, dog and outdoors

May be an image of 1 person and outdoors

May be an image of 1 person, standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS