Menu

PENGARAH JPJKK DAHULUI SENARAI PENERIMA APC TAHUN 2020 PERINGKAT PDRM

Kuala Lumpur, 6 April 2021 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Zainal Abidin Kasim mendahului senarai 10,137 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2020 Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Seri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Antara pegawai kanan berpangkat SAC ke atas yang dianugerahkan sijil APC bersama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM1,000 ialah Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Roslee Chik, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pahang, SAC Dato' Othman Nanyan.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan barisan Timbalan Pengarah PDRM, para pegawai kanan serta rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Nurfaeroz Idris, Konstabel Bryanlie Mustin dan pelajar praktikal dari Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Shahirah Afiqah Rijaluddin.

May be an image of 1 person, standing and military uniform

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS