Menu

PENGARAH KDNKA DIANUGERAH BERET DAN LENCANA SNIPER KEHORMAT UTK

Kuala Lumpur, 7 April 2021 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar hari ini dianugerahkan beret dan lencana sniper kehormat Unit Tindakhas (UTK), sempena lawatan rasmi beliau ke unit elit Polis Diraja Malaysia yang diadakan dekat Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini.

Pemakaian beret dan lencana kehormat kepada Dato' Sri Abd Rahim itu disampaikan sendiri oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairudin.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan), CP Dato' Azri Ahmad, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff dan Timbalan Pengarah KDNKA PGA, DCP Dato' Kasuahdi Ali.

Terdahulu, beliau diberi penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dari UTK, yang diketuai oleh ASP Mohd Amirul Alias.

Hadir sama, Timbalan Komander Briged Tengah PGA, ACP Tuan Chew Tham Soon bersama barisan pegawai kanan UTK dan Briged Tengah PGA.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

DSC_0266

DSC_0161

DSC_0211

DSC_0221

DSC_0226

DSC_0258

DSC_0259

DSC_0263

DSC_0274

DSC_0275

DSC_0286

DSC_0289

DSC_0296

DSC_0303

DSC_0325

DSC_0326

DSC_0338

DSC_0339

DSC_0342

DSC_0355

DSC_0376

DSC_0377

DSC_0378

DSC_0409

DSC_0419

DSC_0537

DSC_0541

DSC_0561

DSC_0561

DSC_0597

DSC_0606

DSC_0636

DSC_0664

DSC_0749

DSC_0682

DSC_0762

DSC_0791

May be an image of 1 person, standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS