Menu

PDRM-VTREC PERKUKUH KERJASAMA DALAM USAHA MENANGANI KES CURI KENDERAAN


Kuala Lumpur, 8 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bersama Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC) sekali lagi berkolaborasi dalam usaha mencegah dan mengurangkan jenayah khususnya melibatkan kecurian kenderaan menerusi Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan.

Majlis perasmian yang ringkas telah diadakan di NU Sentral pada pagi ini dan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Dato' Dev Kumar M.M Sree.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato' Dev Kumar menzahirkan penghargaan buat seluruh jabatan dan agensi terlibat yang telah sudi mengadakan kolaborasi bersama PDRM dalam usaha mencegah dan mengurangkan jenayah.

"Sesungguhnya, kolaborasi dan kerjasama yang diberikan oleh VTREC serta agensi-agensi terlibat telah membantu meningkatkan serta melonjakkan lagi pencapaian PDRM dalam usaha memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat," ujar beliau.

Beberapa gerai pameran turut dibuka untuk memberi maklumat kepada masyarakat. Antaranya, dinding doodle, Protect Your Vehicle From Theft, AIA Public Takaful, Takaful Ikhlas, Malaysian Takaful Association (MTA), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), International Association Auto Theft Investigator (IAATI) dan MYGPS (M) Sdn. Bhd.

Turut hadir, Koordinator VTREC, Puan Mas Tina Abdul Hamid, Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia, Encik Anthony Lee, Timbalan Pengerusi Malaysian Takaful Association, Encik Mohamad Sabri Ramli, Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Pengangkutan Jalan, Tuan Khairul Anwar Bachok, para pegawai kanan PDRM, wakil agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Shazril Rashid dan Konstabel Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'H0 m KEMPEN KESEDARAN AWAM KECURIAN KENDERAAN PDRM-VTREC PDRM 2021 VTREC PROTECT yourvehie from THEFT'

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of one or more people, people standing, indoor and text

May be an image of 1 person, standing, sunglasses and indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS