Menu

POSTING PILIHAN: PDRM PILIH BANDAR PUTERI KLANG SEBAGAI TAMAN ANGKAT AMANITA

Shah Alam, 10 April 2021 - Bagi mewujudkan kolaborasi yang lebih mantap antara Polis Wanita Kontinjen Selangor dengan golongan wanita khususnya suri rumah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memilih Bandar Puteri Klang sebagai Taman Angkat Aman Wanita (AMANITA).

Majlis perasmian dan penyerahan surat lantikan Taman Angkat AMANITA tersebut disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador, di sini pagi tadi.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, program tersebut mampu membina perhubungan yang baik antara golongan wanita dengan pihak polis, sekali gus meningkatkan keyakinan dan kepercayaan mereka kepada PDRM.

Tambahnya, selain mengekang dan mengurangkan kadar jenayah khususnya di kawasan perumahan, penubuhan Taman Angkat AMANITA dapat mendidik golongan suri rumah sebagai mata dan telinga kepada pihak polis bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, tempat kediaman serta kawasan kejiranan.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, DCP Dato' Dr Mustafa Khan Abdul Samat, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sharul Lalli Masduki, para pegawai kanan PDRM dan ahli-ahli komuniti.

Sumber: Polis Selangor

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and text that says '-MANITA Majlis IN AN ARIKH TEMPAT: POLIS DIRAJA MALAYSIA'

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of 1 person, standing, military uniform and outdoors

May be an image of 1 person, standing and indoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS