Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JABATAN KDNKA RASMIKAN IPD TEMERLOH

Temerloh, 10 April 2021 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar hadir merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini, semalam.

IPD Temerloh yang terletak di Jalan Temerloh-Mentakab itu telah siap dibina pada 22 April 2013 dan mula beroperasi 1 November tahun sama.

Dalam ucapannya, Dato' Sri Abd Rahim berharap agar IPD Temerloh dapat mewujudkan rasa selamat kepada masyarakat setempat dan segala kemudahan yang terdapat di IPD berkenaan juga mampu memberi keselesaan dan semangat buat warga kerja.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan KDNKA, Datin Sri Anikah Haji Othman, Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) Bukit Aman, CP Dato’ Azri Ahmad, para pegawai kanan polis dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen.

Sumber: Polis Pahang

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS