Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LAPAN ANGGOTA IPD TAIPING TOLAK RASUAH TERIMA SURAT PENGHARGAAN KPN


Taiping, 12 April 2021 - Sifat integriti lapan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kerana menolak rasuah mendapat pujian apabila menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara (KPN).

Surat penghargaan tersebut disampaikan kepada anggota terlibat pada Sambutan Hari Polis Diraja Malaysia Ke-214 tahun peringkat Perak bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh baru-baru ini.

Mereka merupakan sebahagian daripada 32 pegawai, anggota dan petugas awam pelbagai jabatan dan cawangan yang menerima surat penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Tuan Osman Mamat berkata, integriti yang dipamerkan oleh anggota-anggota berkenaan amatlah dipuji selain kewibawaan mereka wajar dicontohi.
"Penghargaan diharapkan dapat turut menyuntik motivasi pada warga IPD Taiping secara keseluruhannya.

"Kita mahu isu-isu rasuah dapat dihapuskan agar tidak menjadi penyakit seperti mana yang ditegaskan oleh KPN, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador," kata beliau.


May be an image of one or more people, people standing and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS