Menu

PIC OF THE DAY: ANGGOTA TRAFIK BERI BANTUAN AWAL LELAKI TERLIBAT KEMALANGAN

Anggota peronda Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Sarjan Mejar (SM) Ruhaizad Abd Latif dari Zon Tengah A, Sektor Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) memberi bantuan awal kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 12.2 menghala ke Utara dari arah Shah Alam ke Subang, Selangor.

Selain memastikan mangsa berada dalam keadaan stabil dan selamat, beliau turut melakukan kawalan lalu lintas sementara menunggu ketibaan petugas paramedik perubatan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada SM Ruhaizad atas tanggungjawab anda untuk sentiasa membantu masyarakat dalam apa jua keadaan. Teruskan khidmat cemerlang yang dipamerkan sebagai panduan buat rakan-rakan di dalam Pasukan.

Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

May be an image of one or more people, people standing, road and text that says 'JSPT'
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS