Kuala Lumpur, 24 April 2021 - "Tidak mustahil lebih ramai lagi pegawai kanan dan anggota polis bakal ditahan selepas ini. Tiada siapa yang kebal! (tindakan undang-undang)," ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berhubung penahanan seorang pegawai kanan polis yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.
"Yang pasti Dato' Ayob (Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay) akan menjalankan siasatan terperinci supaya tiada berlaku penganiayaan (pada anggota polis lain)," katanya.
Menurutnya, dia memuji langkah berani Dato' Ayob mengambil tindakan ke atas pegawai polis yang terpalit dengan jenayah.
"Saya difahamkan pasukan beliau bekerja keras mengumpul bukti untuk pendakwaan di mahkamah. Ini wajar dan perlu dikekalkan (integriti).
Tidak kira jawatan tinggi atau rendah. Semua anggota polis adalah tertakhluk dengan undang-undang jenayah dan tatatertib. Tiada pengecualian," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.