Ikuti kisah bekas anggota Senoi Praaq, Sarjan Mejar (SM) (Bersara) Apot Saad yang pernah menerima Pingat Gagah Berani (PGB) atas jasa dan baktinya kepada negara dalam operasi menentang pengganas komunis termasuk menembak mati lima anggota itu, suatu ketika dahulu.
Beliau yang kini menjangkau usia 72 tahun amat merindui rakan-rakan yang turut bersamanya sepanjang berkhidmat di dalam Polis Diraja Malaysia.
SM Apot yang terkenal sebagai tracker (penjejak) Orang Asli amat digeruni oleh komunis kerana kebolehannya menjejak dan menghidu setiap pergerakan musuh di dalam hutan belantara, menyertai pasukan Senoi Praaq pada 1968 sebelum diserapkan ke dalam 69 Komando (VAT 69).
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.