Kuala Lumpur, 1 Mei 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh para peniaga dan pengunjung Bazar Ria Aidilfitri yang diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini malam tadi.
Kehadiran beliau telah diiringi Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Tuan Mohamad Zainal Haji Abdullah.
Sejurus mendengar taklimat berkenaan prosedur operasi standard perniagaan di bulan Ramadan, Dato' Sri Acryl Sani turut melihat dengan lebih dekat tinjauan dari udara menggunakan dron milik Pasukan Gerakan Udara yang dikendalikan oleh Ketua Unit Dron, Superintendan Rasya Azaldin Shafii.
Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim bersama timbalannya, DCP Dato' Yong Lei Choo, barisan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta Ketua Bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.