Kejadian gangguan seksual terhadap kanak-kanak adalah satu perkara yang membimbangkan buat masyarakat khususnya para ibu bapa.
Lebih membimbangkan lagi, apabila kes jenayah seksual ini didapati meningkat mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 membabitkan 1,065 kes direkodkan sepanjang tahun lalu.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes gangguan seksual fizikal (amang seksual fizikal) pada kanak-kanak sepanjang tahun lalu (2020) adalah sebanyak 993 kes iaitu meningkat berbanding 732 kes pada 2019 dan 591 kes (2018).
Manakala kes gangguan seksual bukan fizikal (amang seksual bukan fizikal) meningkat kepada 51 kes tahun lalu (2020) berbanding 13 kes pada 2019 dan 18 kes pada 2018.
Pensyarah dan Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Shamsuriani Md Jamal berkata, gangguan seksual merupakan sesuatu perlakuan serius, sensitif, mengaibkan dan mengganggu keadaan psikologi dan emosi mangsa.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.
Sumber: Utusan Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN