Menu

[ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: POLIS KESAN IBU BERI ANAK KECIL HISAP VAPE

 
Kuala Lumpur, 4 Mei 2021 - Polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram yang memuat naik video yang menunjukkan dia memberi anaknya dipercayai berusia dua tahun menghisap rokok elektronik atau vape sehingga tular.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan polis daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, bagaimanapun polis sedang mengesan pemilik akaun terbabit untuk siasatan lanjut.

"Kita sedang mengesan wanita itu untuk siasatan dan menyelamatkan kanak-kanak terbabit," katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../polis-kesan-ibu-beri-anak-2...

Sumber: Harian Metro


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS