Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 65,401 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 4,323 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,904 anggota telah membuat pemantauan di 4,349 pasar raya, restoran (5,972), kilang (1,877), bank (3,876), pejabat kerajaan (1,182) dan penjaja (3,786).
Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,106), tempat ibadah (2,982), tempat riadah (1,792), terminal pengangkutan darat (1,584), terminal pengangkutan air (380) dan terminal pengangkutan udara (120). Semalam, 486 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.
Daripada jumlah itu, seramai 473 individu dikenakan kompaun manakala 13 lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (183)
- Aktiviti pusat hiburan (136)
- Tidak memakai pelitup muka (73)
- Tiada penjarakan fizikal (15)
- Lain-lain (81)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (07 Mei 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN