Menu

#PKP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] PKP 3.0: POLIS DAPAT KAMERA BADAN JUN INI

Subang Jaya, 15 Mei 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempercepat penawaran tender perolehan kamera badan, bagi kegunaan anggota polis di lapangan.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, berkata pihaknya mendapat maklum balas positif daripada KDN berhubung pembelian kira-kira 2,000 unit kamera badan itu.

"Saya membawa perkara ini kepada KDN untuk mempercepat proses tender aset berkenaan dan didapati ia berada di atas landasan dan diharap dapat dilaksanakan pada hujung Mei ini atau Jun depan," katanya kepada pemberita selepas melawat sekatan jalan raya di Plaza Tol Subang, di sini hari ini.

Beliau berkata, perolehan itu akan melalui proses penilaian oleh Jawatankuasa Teknikal sebelum dipilih oleh Lembaga Perolehan Tender di KDN, bagi mengeluarkan surat setuju terima kepada syarikat yang terpilih.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin berkata, bagi melindungi anggota PDRM daripada perbuatan fitnah penjenayah atau orang tidak bertanggungjawab, kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembelian kamera badan untuk kegunaan anggota polis.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS