Menu

#PKP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: RAYUAN KOMANDER KESELAMATAN MAEPS

Kuala Lumpur, 16 Mei 2021 - "Setiap hari saya melihat pesakit baru masuk ke PKRC MAEPS ini, tolonglah semua jaga diri dan SOP (prosedur operasi standard)". Demikian rayuan Komander Keselamatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang, Superintendan Norhizam Bahaman.

Beliau bersama 127 anggota polis lain ditugaskan untuk menjaga keselamatan di PKRC berkenaan daripada kemasukan orang luar dan keselamatan penghuni di situ.
Tuan Norhizam berkata, dianggarkan 4,000 pesakit COVID-19 yang mempunyai gejala ringan dirawat di PKRC berkenaan setakat hari ini.

"Setiap hari saya melihat ada kemasukan pesakit baru, kasihanilah petugas kesihatan kita yang kini tidak menang tangan menguruskan pesakit. "Saya mahu berpesan kepada masyarakat di luar sana, apa kerajaan buat dan minta kita jaga SOP, patuhilah".
Bacaan lanjut di keratan akhbar Harian Metro seperti di lampiran.

Sumber: Harian Metro

May be an image of text that says 'Kuala Lumpur 'Setiap ha- melihat pesakit baru Rayuan komander keselamatan Maeps lane Maeps huni situ. 'Jika boleh, daripada 'Kebanyakan mereka 7,000 pesakit, tetapi kasi- operasi berkata, diang- Pusat Bersepadu dirawat Kesihatan melihat benarkan Metro, polis 4,000 itugaskan tanpa pun keselamatan peng- kita jaga SOP, patu- Abdullah dapat jumlah Covid-19 bergejala ringan. menunjukkan pandemik mele- Maeps menempatkan sehingga awal Sebelum jika Ketua Pengarah atau Ro Noor Hisham meningkat kepada'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS