Menu

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: POLIS RAMPAS DADAH RM1.98 JUTA, SUAMI, ISTERI DAN ADIK-BERADIK DITAHAN

Ipoh, 28 Mei 2021 - Enam individu membabitkan dua pasangan suami isteri dan dua beradik, ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di negeri itu sejak tahun lepas.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid berkata, sindiket pengedaran itu juga tumpas dengan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.98 juta dalam empat serbuan berasingan di sekitar daerah Ipoh pada Rabu dan Khamis lepas.

Beliau berkata, hasil serbuan itu membawa kepada rampasan kira-kira 5.46 kilogram dadah bernilai RM1,983,993.

Menurutnya, turut disita lima kenderaan iaitu Toyota Harrier, Estima, Camry, Honda Civic serta sebuah motosikal jenis Kawasaki Versys serta barangan kemas dan empat utas jam tangan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM262,596.

"Suspek pertama berumur 32 tahun direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 2 Jun manakala lima lagi suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 30 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Polis Perak dan BERNAMA

May be an image of food and indoor

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of 7 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS