Menu

#PesananKhidmatMasyarakat #PKP #COVID-19 PENUMPANG LRT DAN MRT YANG BERGEJALA DIGESA BUAT UJIAN SARINGAN COVID-19

Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) yang mempunyai tanda-tanda bergejala dijangkiti wabak COVID-19, hendaklah elak daripada menggunakan perkhidmatan tren serta meletakkan penumpang lain dalam risiko.

Pengguna lain pula diminta untuk terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Prasana Malaysia Berhad, khususnya saling berhemah ketika hendak menaiki tren dan memakai pelitup muka dengan betul.

Kalau boleh, pakailah pelitup muka berganda demi menjaga keselamatan dan kesihatan diri masing-masing!

Sumber imej: Rapid KL

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS