Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 234 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS TERBABIT JENAYAH, RASUAH SUDAH DIJATUHI HUKUMAN SEJAK 2016

Kuala Lumpur, 11 Jun 2021 - Seramai 234 pegawai dan anggota polis yang didapati bersalah kesalahan jenayah dan rasuah sudah dijatuhkan hukuman sejak 2016.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman, CP Dato' Zamri Yahya berkata, mereka membabitkan 29 pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas serta 205 anggota pelbagai pangkat yang kebanyakannya dikenakan tindakan buang kerja selain ada sedang menjalani hukuman.

"Seramai 160 pegawai dan anggota terbabit kes jenayah, selebihnya didapati bersalah selepas terbabit rasuah. JIPS sentiasa memandang serius integriti serta salah laku pegawai atau anggota polis," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini semalam.

Dato' Zamri berkata, pihaknya turut mengambil tindakan terhadap pegawai dan anggota yang terbabit dalam kesalahan tatatertib seperti salah-laku, lewat menyiapkan kertas siasatan serta kesalahan-kesalahan lain.

"Sejak 2016 hingga 2020, JIPS sudah mengambil tindakan terhadap 1,563 pegawai dan 11,049 anggota, antaranya hukuman turun pangkat, tahan kerja dan dipindahkan ke penugasan lain dari penugasan asal," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of one or more people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS