Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA BRIGED SARAWAK GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MASUK PATI

Kuching, 11 Jun 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menggagalkan cubaan tujuh tekong tempatan membawa masuk 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia ke negeri itu sejak 2 Jun lalu.

Komander PGA Briged Sarawak, SAC Tuan Mancha Ata berkata, tangkapan terkini dibuat semalam oleh Pasukan Risik Batalion 11 PGA pada jam 1.30 pagi membabitkan dua lelaki tempatan yang membawa lapan PATI di simpang Lorong Taiton 18, pekan Taiton, Bau.

Semua mereka ditahan di dalam sebuah van dan siasatan awal mendapati PATI terbabit masuk melalui jalan tikus di sekitar Kampung Selampit serta di Serikin, Bau, yang kemudian diambil oleh tekong tempatan yang menunggu di sempadan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, dua lelaki tempatan yang membawa tiga wanita dan seorang lelaki Indonesia ditahan dalam dua tangkapan berasingan pada 6 Jun lalu.

Jelasnya, seorang tekong dan dua PATI wanita terbabit ditahan di Kampung Sepadah, Jalan Bau-Lundu kira-kira jam 1.00 pagi.

Katanya, seorang lagi tekong yang membawa seorang lelaki dan wanita Indonesia ditahan di Jalan Gedong, Serian kira-kira jam 5.39 petang.

Tuan Mancha juga berkata, dua lelaki dan seorang wanita tempatan bersama lapan lelaki Indonesia ditahan pada 2 dan 3 Jun lalu, masing-masing di jalan Muara Mongkos, Serian serta di bandar Serian.

"Semua PATI didapati masuk melalui jalan tikus sebelum diambil oleh tekong-tekong tempatan yang menunggu di sempadan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Harian Metro seperti di lampiran.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS