Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 10 SINDIKET AH LONG MASUK JERAT POLIS

Shah Alam, 15 Jun 2021 - Kegiatan haram 10 sindiket pinjaman wang tanpa lesen (ah long) yang menekan golongan individu terdesak wang berjaya ditumpaskan dengan penahanan 38 ahlinya dalam serbuan berasingan di sekitar Selangor baru-baru ini.

Penahanan kesemua suspek berusia Iingkungan 21 hingga 61 tahun termasuk tiga warga asing itu dibuat menerusi Op Vulture di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Serdang, Klang, Hulu Selangor dan Sungai Buloh bermula 3 hingga 8 Jun.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata, polis merampas pelbagai barang antaranya tujuh kenderaan, wang tunai RM51,170, 72 unit telefon bimbit, sembilan buah komputer dan pelbagai barangan berharga.

Menurut beliau, turut ditemui adalah 61 keping kad mesin pengeluaran automatik (ATM) pelbagai bank yang dipercayai milik peminjam, cek pelbagai bank serta salinan rekod peribadi peminjam.

"Siasatan polis mendapati suspek terdiri daripada 10 sindiket berlainan yang mana mereka ini telah beroperasi sejak dua minggu hingga setahun lalu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS