Menu

#PKP #COVID19 [POSTING PILIHAN] PKP 3.0: MDN SANTUNI WARGA IPD SERDANG

Serdang, 19 Jun 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin meluangkan masa menyantuni warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dalam satu lawatan yang diadakan pada tengah hari tadi.

Kehadiran Dato’ Seri Hamzah tersebut bertujuan memberikan kata-kata semangat dan suntikan motivasi buat warga IPD Serdang dalam melaksanakan penguatkuasaan prosedur operasi standard sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sekitar daerah tersebut.

Hadir sama, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Tuan Anbalagan Arumugam dan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Rudy Haji Abdullah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS