Tasek Gelugor, 21 Jun 2021 - Usia baru mencecah 12 tahun, tetapi berani membuat aksi wheelie sebelum ditahan polis di jalan Tok Keramat, Padang Tembak di sini, kelmarin.
Begitu aktiviti dilakukan seorang murid tahun enam sebuah sekolah rendah yang ditahan bersama dua rakannya dalam Op Samseng Jalanan kira-kira jam 6.30 petang.
Terdahulu, Skuad 42, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri mengesan dua motosikal dinaiki tiga remaja lelaki yang ditunggang secara berbahaya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Tuan Noorzainy Mohd Noor berkata, tindakan mereka bukan sahaja mengancam keselamatan diri, tetapi juga pengguna jalan raya lain.
"Berdasarkan pemantauan, mereka disyaki membuat aksi wheelie bermula dari jalan Titi Keramat ke arah Taman Cempedak sekali gus amat berbahaya dan menyalahi undang-undang.
"Justeru, ketiga-tiga mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan jalan 1987," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.