Menu

[VIDEO PILIHAN] PKP 3.0: MDN BERSAMA PDRM DAN IMIGRESEN SERBU KILANG TIDAK PATUH SOP

 

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia melakukan serbuan di sebuah kilang membuat sarung kusyen kereta di Puchong, Selangor, yang didapati bukan sektor perkilangan dibenarkan beroperasi semasa Perintah kawalan Pergerakan 3.0.

Semasa serbuan tersebut, hampir 300 pekerja kilang didapati berada di dalam premis tersebut dan PDRM telah mengeluarkan saman kerana pihak kilang telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP yang dikuatkuasakan.

Sumber: Hamzah Zainudin
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS