Menu

POSTING PILIHAN: SAMSENG JALANAN CUBA LARI GILIS KAKI POLIS

 
Batu Pahat, 27 Jun 2021 - Seramai 15 remaja ditahan kerana terbabit dalam aktiviti samseng jalanan dalam Operasi Motosikal di Kampung Parit Bakong, Senggarang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Tuan Ismail Dollah berkata, remaja berusia antara 16 hingga 21 tahun itu ditahan dalam operasi dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada jam 6.30 petang.

"Operasi dijalankan selepas pihak polis menerima aduan orang awam terhadap sekumpulan remaja yang menunggang motosikal dengan melakukan pelbagai kesalahan termasuk berlumba.

"Aktiviti berkenaan mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan penduduk di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya, dua daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menunggang secara melulu dan merbahaya sehingga membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya lain.

"Seorang daripadanya turut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana enggan memberi kerjasama ketika diperiksa dengan cuba melarikan diri dan menggilis kaki seorang anggota polis yang bertugas," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../samseng-jalanan-cuba-lari...

Sumber: Polis Daerah Batu Pahat dan Harian Metro

May be an image of one or more people, people standing, motorcycle, road and text that says '$270 JAWEI P30 Pro ICA QUAD CAMERA'

May be an image of motorcycle and road

May be an image of one or more people, people standing, motorcycle and outdoors

May be an image of motorcycle and road


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS