Menu

ARTIKEL PILIHAN: KESELAMATAN SIBER LENGKAPI USAHA MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA - PM

 
Kuala Lumpur, 28 Jun 2021 - Keselamatan siber perlu menjadi keutamaan setiap negara, terutamanya dalam perkara yang mendasari ekonomi dan keselamatan negara berkenaan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin.

Sehubungan itu, beliau berkata, isu keselamatan siber telah menjadi antara bidang tumpuan utama kerajaan untuk melengkapkan usaha ke arah memacu pertumbuhan ekonomi negara ini.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin berkata, isu berkenaan juga menuntut kerajaan untuk memberikan perhatian serius berikutan peningkatan ancaman dan jenayah siber, sejak tiga tahun lepas.

“Walaupun jumlah kerugian melibatkan jenayah siber didapati semakin berkurangan sejak tiga tahun lepas, namun fakta berhubung jumlah kes yang semakin meningkat amat membimbangkan. Senario ini semestinya menuntut kerajaan untuk memberi perhatian serius dalam usaha menangani jenayah siber, “ katanya.

Perdana Menteri berkata, pada tahun 2019 jumlah jenayah siber yang dilaporkan berjumlah sebanyak 3,787 dan meningkat 10 peratus kepada 4,194 pada 2020 dan angka itu terus meningkat pada suku pertama tahun ini, apabila sebanyak 1,300 kejadian jenayah siber dilaporkan.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin berkata, jenayah siber juga menunjukkan peningkatan dan menurut statistik Polis Diraja Malaysia, jumlah jenayah siber yang dilaporkan pada 2019 adalah sebanyak 11,875 kes dengan jumlah kerugian mencecah RM498 juta.

Katanya, tahun lepas, jumlah kes meningkat kepada 14,229, dengan jumlah kerugian RM413 juta manakala pada suku pertama tahun ini, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 4,327 dengan jumlah kerugian RM77 juta.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1976439

Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS