Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 95,003 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 798 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 762 individu dikompaun manakala 24 direman dan 12 dijamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tiada penjarakan fizikal (172)
- Tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (119)
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (114)
- Tidak memakai pelitup muka (108)
- Bawa penumpang berlebihan (69)
- Lain-lain (216)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (27 Jun 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN