Ia melibatkan 4,401 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,661 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 547 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 533 individu dikompaun manakala 14 lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tiada penjarakan fizikal (97)
- Tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (82)
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (67)
- Tidak memakai pelitup muka (56)
- Membawa penumpang berlebihan (44)
- Lain-lain (201)