Menu

BALAI POLIS BATU 18, HULU LANGAT, SELANGOR

 
Balai Polis Batu 18, Hulu Langat, Selangor telah wujud sejak tahun 1956 dan pada asalnya struktur bangunan diperbuat daripada kayu tetapi dibina semula menggunakan konkrit pada 1 Mei 1976.

Balai tersebut telah dirasmikan oleh Tun Mohammed Hanif Omar pada 26 Januari 1980 yang merupakan Ketua Polis Negara ketika itu.

Balai yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ini mempunyai keluasan pentadbiran 25.1 kilometer persegi yang meliputi kawasan perumahan, perindustrian serta perniagaan.

Kini, Balai Polis Batu 18 diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar dan dibantu seramai 15 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.


May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS