Menu

#PKP #COVID-19 #OPPATUH #AMALDANPATUH [OP PATUH] PKP 3.0: PDRM TERUS GIAT PANTAU PEMATUHAN SOP SEKTOR INDUSTRI

 
Klang, 13 Julai 2021 - Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), CP Datuk Mastor Arif, hari ini mengetuai serbuan Op Patuh ke atas dua buah kilang di sekitar Meru, di sini, petang tadi.

Mengiringi beliau dalam operasi tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sharul Lalli Masduki, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Tuan Hamzah Haji Ahmad dan Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Puan Nurulhuda Mohd Salleh.

Hasil serbuan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia pada jam lebih kurang 3.00 petang tadi, mendapati rata-rata premis kilang masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, khasnya Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Dalam Negeri.

Datuk Mastor yang ditemui pemberita sejurus selesai operasi tadi turut mengingatkan para pengusaha kilang untuk sentiasa mematuhi SOP dengan tidak tamak mengejar keuntungan semata-mata tanpa memikirkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang semakin ketara di dalam negara.

Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Bryanlie Mustin

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS