Alor Setar, 17 Julai 2021 - Anggota polis wanita yang cedera ditumbuk di muka oleh seorang lelaki disyaki terbabit melakukan dua kes khianat di sini semalam, tidak mengalami kecederaan serius dan hanya dirawat sebagai pesakit luar.
Mangsa berusia 30 tahun itu dipercayai ditumbuk lelaki berusia 30-an secara tiba-tiba di hadapan pos pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 5 petang semalam.
Ketika itu, anggota polis terbabit sedang berjalan untuk menghantar makanan kepada rakannya yang bertugas di pos pengawal itu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Tuan Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan anggotanya hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ketika dihubungi hari ini.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

\