Menu

#PKP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] PKP 3.0: LANGGAR SOP, WARGA ASING TERIMA 9,391 KOMPAUN

Petaling Jaya, 17 Julai 2021 - Sebanyak 9,391 warga asing dikompaun atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sejak pandemik bermula tahun lalu hingga 30 Jun lalu.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, bagi rakyat tempatan, statistik sehingga 13 Julai pula menunjukkan sebanyak 143,297 individu dikompaun kerana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Antara kesalahan paling banyak katanya, ialah tidak memakai pelitup muka dan berkumpul tanpa penjarakan sosial.

"Jumlah tangkapan tertinggi adalah melibatkan warga Indonesia dengan 2,157 individu dikesan melakukan pelanggaran SOP diikuti Bangladesh (1,543 individu), Myanmar (1,451), Vietnam (608 individu) dan India (570 individu).

"Seramai 3,062 individu lagi adalah tangkapan melibatkan lain-lain warganegara yang tinggal di negara ini," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, jumlah kompaun yang dikenakan terhadap kesemua individu berkenaan adalah tertakluk kepada keputusan mahkamah.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS