Menu

#PKP #COVID-19 #OP_BENTENG [KERATAN AKHBAR PILIHAN] PKP 3.0: PGA TANGANI 113 KES, RM5 JUTA NILAI RAMPASAN SEBULAN

Rantau Panjang, 17 Julai 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 melaksanakan pelbagai rampasan dan tangkapan melalui Op Benteng COVID-19 membabitkan 113 kes dengan nilai rampasan hampir RM5 juta dalam masa sebulan.

Kes berkenaan membabitkan rampasan pelbagai jenis dadah, ketum, haiwan ternakan, barangan kawalan serta tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang biasanya dilakukan secara haram melalui Sungai Golok.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, jumlah nilai rampasan terbabit antara paling tinggi diperolehi pihaknya dengan catatan tertinggi membabitkan barangan kawalan iaitu lebih RM3 juta.

"Selain itu, kami turut menangkap 94 individu yang melakukan pelbagai kesalahan iaitu 12 daripada mereka adalah PATI warganegara Thailand membabitkan 10 lelaki dan dua wanita.

"Kejayaan diperoleh sepanjang tempoh penugasan PGA Batalion 7 adalah suatu yang membanggakan walaupun berhadapan dengan wabak COVID-19, kerana kawalan ketat tetap diteruskan agar tidak berlaku sebarang pembolosan dan jenayah rentas sempadan.

"Pencapaian ini hasil kerjasama baik dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bergabung tenaga menjaga sempadan negara, begitu juga dengan agensi keselamatan lain," katanya dalam sidang media di Markas Taktikal Briged Tenggara, Lubok Stok, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of one or more people, outdoors and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS