Menu

#PKP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

 
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 83,215 pemeriksaan semalam.

Ia melibatkan 4,339 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,567 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, 388 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 355 individu dikompaun manakala 31 lagi direman dan dua (2) dijamin.
Sumber: Kenyataan Media Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan (20 Julai 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS