Menu

#PKP #COVID-19 #OPPATUH #AMALDANPATUH POSTING PILIHAN: TINDAKAN TEGAS KEPADA PIHAK YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA – MDN

Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa, setiap individu yang berada di Malaysia, wajib mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan, termasuk warga asing dan juga pemegang kad pelarian UNHCR.

Sehubungan dengan itu, Dato’ Seri Hamzah telah mengarahkan semua agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan dalam negara.

Tegasnya lagi, semua pihak seharusnya memberikan kerjasama kepada anggota penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas bagi memastikan kedaulatan negara dan kepentingan awam dapat dipelihara.

May be an image of 4 people, people sitting and text that says 'BH ONLINE 30 warga asing hadir jamuan Aidiladha ditahan Metro Metro Tak puas hati dikompaun, lelaki pertikai tugas polis ditahan Kosmo! BH ONLINE Langgar SOP Aidiladha: 49 individu direman Long Tiger diberkas kurung bekas pekerja BH'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS