Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 68,921 pemeriksaan semalam.
Ia melibatkan 3,989 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 18,351 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 420 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 332 individu dikompaun, 82 direman manakala enam (6) lagi individu telah dijamin.
Sumber: Kenyataan Media Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan (21 Julai 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN