Menu

ARTIKEL PILIHAN: PEGUAM DIDAKWA BUAT KENYATAAN JELIK SISTEM KEHAKIMAN DAN PDRM

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2021 - Seorang peguam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan membuat kenyataan jelik mengenai sistem kehakiman negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman sosial Facebook, Mac lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, 44, yang juga dikenali sebagai 'Buzze Azam' mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui laman profil 'Buzze Azam' di Facebook pada jam 1.04 tengah hari, 24 Mac lalu.

Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada jam 3.50 petang, sehari selepas itu.

Mohd Khairul Azam didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya serta denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bharian.com.my/.../peguam-didakwa-buat...

Peguam didakwa buat kenyataan jelik sistem kehakiman, PDRM | Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS